Kawan Saya

Tuesday, January 17, 2012

KISAH 13

"Kak Dayah, bila Kak dayah nak pregnent?" 

Hidayah tersedak. Ryan disebelah hanya tersenyum.

 

"Emmmmm......."

Hidayah menoleh ke arah suaminya, meminta pertolongan. Namun, tiada sebarng tindak balas daripada Ryan.

"Dah enam bulan kan?"

Hidayah cuma mengangguk lemah.

"Rin teringin nak anak saudara."

Suara Rin sayu. Hidayah makin tidak senang duduk. 

'Macam mana nak bagi anak saudara kat Rin kalau aku dengan Ryan.....'

Ryan yang masih berselera menjamah roti canai telur dalam keadaan genting-genting begini dijeling dengan ekor mata.

'Kalau aku dengan Ryan tak pernah tidur sekali dalam erti kata yang sebenar.'

"Kak Dayah dengan Abang Ryan merancang ke?"

Rina menyoal lagi. Hidayah terkedu lagi. Agak lama sebelum dia menggeleng perlahan.

"Habis tu?"

Ryan tersenyum kecil, cuba mengawal tawanya dari pecah. 

"Takkan tak ada tanda apa-apa langsung?"

Hidayah makin tidak senang duduk. Senyuman Ryan makin melebar.

"Datang bulan lambat?"

Hidayah menggeleng.

"Loya?"

Hidayah menggeleng lagi.

"Mengidam asam?"

Sekali lagi Hidayah menggeleng.

"Yang menyibuk sangat tu apasal?"

Kepala Rina disekeh.

"Baru 6 bulan. Bukannya 6 tahun. Kan Kak Dayah?"

Riza kenyit mata kanannya. Rina mencuka. Selalu sangat kakaknya itu mencelah. Hidayah cuma mampu ukir senyum paksa. 

"Kalau dah teringin sangat, Rin gi kawin pastu buat anak sendiri. Tak payah nak sibuk-sibuk suruh orang lain buat anak."

Teh O panas dihirup seteguk.

"Rin nak anak saudara, anak menakan. Bukannya anak sendiri."

Bibir Rina mula muncung ke depan. 

"Pi suh Abang Ryzal. Asal nak push Kak Dayah sorang?"

Kuih karipap disuap ke dalam mulut.

"Abang Rizal susah."

"Apa yang susahnya."

"Macam tak tahu."

"Memang tak tahu pun."

"Sengaja nak cari pasal la tu!"

"Pandai pun!"

"Dia ni kan...!!"

"Rina, Riza....Depan rezeki kan?"

Rina menjeling kakanya tajam. Riza pula hanya tersenyum sinis. Hobi sepanjang masa, menyakitkan hati Rina.

"Insyaallah kalau Tuhan nak bagi, bukan sorang anak saudara yang Rin dan Riz dapat. Satu pasukan bola sepak Abang dengan Kak Dayah boleh bagi."

Hidayah tersedak. Ryan hanya tersenyum.

*****

"Kau dengan Dayah still tak ada perkembangan terbaru?

"Maksud...??"

"Being husband and wife dalam erti kata yang sebenar?"

"Cita dalam kelambu aku tu."

"Bukannya aku nak dengar dari A sampai Z. A, b, c pun dah cukup."

"Banyaklah kau punya a, b, c. Dengar kata, kau mintak pindah pi ER. Tetiba ja, apasal?"

"Patients kat sini asyik nak tackle aku ja."
 
"Alasan paling bangang. Sejak bila patients dekat wad pediatrik ni pandai nak ngorat kau? Budak under 12 mana yang mengorat kau? Tia? Nisha? Tak pun Megat?"

Fahmi tertawa kecil. 

"Aku saja ja try mintak. Mana tahu ada peluang aku cuba benda baru."

"Pasal Dr. Katy?"

"Ubah topik boleh?"

Ryan tersenyum.

"Topik apa kau nak ubah."

Fahmi diam lama. 

"Topik kau, isteri kau dan bakal anak kau."

Ryan senyum kecil.

"Setakat ni cuma ada topik aku dengan bini aku. Bakal anak belum masuk lagi."

"Dia belum sedia atau kau yang tak mencuba?"

Ryan senyum kecil. Gambar isterinya yang terpampang di skrin desktop dipandang lama.

"Dua-dua mungkin. Aku tak nak paksa dia."

"Ini bukannya soal paksa bhai. Ni soal hak. Hak kau sebagai suami dan hak dia sebagai isteri."

Ryan menoleh ke arah Fahmi yang berdiri membelakangkannya.

"Bercakap macam ustaz."

"Jangan sampai jadi macam aku." 

Fahmi menghela nafas panjang. Ryan menepuk bahunya.

"Insyaallah tak. Dan kau, bhai. Yang lepas tu dah lepas. Yang nak datang ni yang penting"

******

"Abang..."

Ryan dipeluk dari belakang.

"Abang...."

Bahu Ryan yang terdedah dikucup lembut.

"Jangan paksa diri sayang"

"Tapi.."

Ryan menoleh, menghadap Hidayah. Jemari isterinya digenggam sebelum dikucup.

"Abang tak nak paksa sayang."

"Sayang dah sedia."

"Betul?"

Hidayah cuma mengangguk. Dia cuba mengelak dari bertentang mata dengan suaminya. Ryan tersenyum. Dagu Hidayah didongak dengan jari telunjuk. Wajahnya didekatkan dengan wajah si isteri. Gementar, Hidayah menutup matanya rapat. Beberapa saat kemudian, bibirnya terasa disentuh sesuatu sebelum....

"Abang Ryan, Kak Dayah, papa datang."

Suara dari balik pintu menghentikan terus semua yang baru sahaja bermula.

p/s - sangat rindukan dunia penulisan!