Kawan Saya

Wednesday, May 13, 2009

Bab 17


Hari ni pulak, aku ada lagi satu rancangan best menanti budak bandar tu. Projek aku yang seterusnya bakal aku lansungkan kejap ja gi. La ni, aku nak pi menyorok (breakfast) dulu. Perut aku dari tadi dok berbunyi nih. Siap lagu Isabella gi. Hihihi....

Alhamdulillah, akhirnya kenyang gak perut aku nih. Dan right now adalah masa yang paling sesuai untuk aku jalankan misi aku yang seterusnya. Malam ni, semua ahli keluarga aku akan balik sebab esok mak aku nak buat makan-makan skit sempena meraikan Bang Chik aku dapat kerja pertama dia selepas hampir setahun jadi penganggur terhormat.

"Mak, sok kita wat gulai ayam kampung. Lama sangat dah adik tak makan daging ayam kampung. Ngidam la plak."

Mak Temah yang sedang menyidai pakaian menoleh ke arah Hana.

"Boleh tu boleh. Tapi kat mana kita nak car ayam kampung tu. Bukannya senang nak cari la (sekarang) ni ." "Alah, kita sembelih ja ayam yang ayah bela (pelihara) tu. Sembelih 2 3 ekor cukup la. Buat apa bela kalau tak mau makan." "Sapa yang nak pi tangkap ayam tu adik? Nak harap kan Bang Chik hang tu , takat (sekadar) nak suruh dia sembelih boleh la."

Awat (kenapa) pulak dengan anak aku yang sorang ni? Tiba-tiba ja, tak dak angin tak dak ribut nak makan ayam kampung.

"Takat nak tangkap ngan cabut bulu ayam tu , mak tak yah risau la. Biaq adik yang uruskan . Adik dah ada penolong 2 orang."

Hana tersengih-sengih sendirian. Dah macam orang gila gayanya.

"Ikut adik la."

Mak Temah bersuara sambil melangkah masuk meninggalkan Hana berseorangan di situ.

Cantik!!!. First step untuk plan ni berjalan seperti yang dirancang.

"Apa yang dimenungkan tu Hana?"

Sapaan seseorang daripada belakang mengejutkan Hana daripada lamunannya. Hana menoleh ke belakang.

"Tak dak la. Mana ada? Cuma menikmati pemandangan alam ja."

Ye la tu. Pemandangan alam konon. Pemandangan alam apanya? Depan aku cuma ada kambing 2 ekor ja. Pandai betul aku kelentong.

Hana. Hana. Kambing pun boleh jadi pemandangan alam ka?Hai, tak faham aku ngan budak sorang ni.

Getus Haikal di dalam hatinya

"Haikal, Hana nak mintak tolong skit leh tak?"

Aik, lain macam ja tunang aku ni. Tiba-tiba mintak tolong aku. Pas tu, panggil aku Haikal pulak. Macam ada yang tak kena je.

"Haikal, Haikal. Dengaq tak Hana cakap ni?"

Pesal pulak mamat ni? Takkan dah pekak kot?

"Ya, ya. Kal dengar. Hana nak mintak tolong apa?" "Haikal and Zariff tolong Hana tangkap ayam kampung 2 ekor. Mak nak masak gulai ayam kampung sok. Pas tu, tolong sembelih ayam and cabut bulu sekali.Asalnya mak nak suruh Bang Chik buat, tapi Bang Chik teman ayah pi pekan. sebab tu mak mintak tolong Haikal ngan Zariff buat. Boleh kan? "

Haikal menelan air liurnya. Dipandangnya muka Hana. Lama.

Mampus la aku hari ni!

"Ok la, Haikal tolong. Hana tolong panggilkan Zariff kat tas rumah."

Arah Haikal. Raut wajahnya nampak tenang. Tapi dalam hati, tuhan sahaja yang tahu betapa gelabahnya anak muda itu.

Mahu tak gelabah. Seumur hidup bukan kata nak tangkap ayam kampung, makan ayam kampung pun tak pernah. Memang sah budak Hana ni nak pekena aku. Nasib, nasib.

Dan pagi itu, rumah Pak Mad sekali lagi riuh dengan suara haikal dan zariff yang cuba menangkap ayam kampung. Bukan senang nak tangkap ayam kampung ni. Gila punya susah!

Hana yang hanya memerhatikan dari anak tangga rumahnya, ketawa. Lucu melihat aksi 2 budak bandar cuba menangkap ayam kampung.

Kena lagi 2 orang mamat ni. Hihihi.....

Masa terus berlalu. Namun Haikal dan Zariff masih belum berjaya menangkap seekor ayam pun. Jemu menunggu, Hana akhirnya menghulurkan bantuan. Dia masuk ke dalam rumah untuk mengambil sesuatu.

"Haikal, Zariff. Meh sini jap."

Panggil Hana sebaik saja dia keluar dari dapur rumahnya. Ditenungnya pakaian kedua-dua jejaka dihadapannya. Penuh dengan tanah merah kesan daripada aksi 'stunt' yang dilakukan mereka ketika cuba menangkap ayam tadi. Hai, memang sah orang bandar!

"Orang, kalau nak tangkap binatang apa pun, mestilah kena ada umpannya. Macam tu jugak dengan ayam kampung. Bukan boleh men tangkap ja. "

Hana membuka genggaman tangannya.

Ya Allah!. Macam mana la aku tak terfikir nak guna cara ni?

"Kurr...kurr..."

Beberapa ekor ayam kampung yang tadinya bertempiaran lari akibat dikejar oleh Haikal dan Zariff mula menghampiri Hana.

"Sekarang, Kal ngan Riff tangkap ayam-ayam ni dari belakang. Pegang dekat bahagian badan. Jangan pi pegang kat tengkok (leher) lak. Silap ari, tercekik lak ayam-ayam ni. Tangkap yang 2 ekor ni."

Arah Hana sambil tangannya menunding ke arah 2 ekor ayam yang tengah khusyuk makan beras di tangan Hana. Haikal dan Zariff hanya mengangguk tanda faham.

"1,2,3. Tangkap!!!!!!!!!"

Serentak itu juga, Hikal dan Zariff pantas beraksi. Beraksi tangkap ayam ja. Bukannya aksi lain k!.

"Okeh, skang ni ayam dah berjaya di tangkap. Misi kita yang seterusnya adalah untuk menyembelih ayam. Sapa antara korang yang nak laksanakan misi ni?"

Haikal tersenyum.

Memang dasar budak0budak la Hana ni!. Tak pernah nak serius!

"Zariff, kau ja lah yang laksanakan misi ni. Misi ni dah macam mission impossible la kalau bagi kat aku. Aku mana pernah sembelih ayam. Makan pernah la. Kau pernah kan?"

Soal Haikal separuh berbisik.

"Baiklah puan komanden. Biar saya saja yang laksanakan misi ini."

La, mamat sorang ni pun dah join skali ngan Hana ka? Zariff, Zariff...

"Bismillahirrahmanirrahim."

Selesai seekor. Dan belum sempat ayam yang kedua terkorban di tangan Sarjan Zariff, Komanden Hana terlebih dahulu bersuara.

"Jap, jap. Untuk ayam yang kedua ni apa kata kita bagi Koperal Haikal ja yang sebelih"

Aik, dia komanden, Zariff sarjan, apasal aku koperal ja. Mana adil nih?. Aku layak jadi mejar la!. Ah, lantaklah! Apa kes tetiba nak sibuk-sibuk pasal 'post' lam tentera plak ni?

Hana memandang Haikal yang berada di hadapannya. Haikal menelan air liur.

"Kal mana pernah sembelih ayam. nanti tak pasal-pasal tak leh makan pulak ayam ni."

Haikal cuba memberi alasan. Tapi betul juga apa yang dicakapkannya tu. Ye la, silap sembelih, daging ayam yang halal boleh jadi haram pulak. Tak pasal-pasal ja.

Aik budak ni , tak abis-abis lagi ka nak pekena aku ? Nampak sangat dia nak pekena aku.

Haikal merungut0rungut di dalam hati.

"Kau jangan riso Kal. Aku kan ada kat sebelah. Kalau kau tolak, saham kau jugak yang jatuh nanti."

Zariff yang berada di sebelah Haikla bersuara separuh berbisik.Cuba memberi semangat + dorongan + motibasi, eh, eh, motivasi + moral support + yang sama waktu dengannya kepada Haikal.

Come on la Haikal! Takkan kau nak biarkan aja saham kau jatuh depan tunang kau? Buktikan yang kau lelaki sejati dengan sembelih ayam tu! Buktikan!!!!!

Batin Haikal menjerit dalam diam.

Maaf la ayam. Semata-mata nak tunjukkan ke-macho-an aku depan Hana, kau yang jadi korban. Aku betul-betul mintak maaf, ayam.

Haikal akhirnya mencapai pisau dari tangan Zariff yang masih dibasahi dengan titisan-titisan darah korban sebelumnya.

Kau boleh Haikal! Kau boleh! Buktikan yang Malaysia Boleh sebab Malaysia memang boleh!!!!

"Bismillahirrahmanirrahim."

Alhamdulillah, lepas satu bala. Haikal memandang ke arah Hana yang masih lagi berdiri dihadapannya. Dilihatnya, Hana sedang tersengih nakal.

Apasal aku rasa yang dia ni macam tak habis lagi nak pekena aku ni?Takkan ada lagi plan 'nakal' dalam pala otak dia?Tak puas lagi ke cik Hana oi!!!!!

"Napa tak gerak gi?" "Gerak gi mana?"

Hai, takkan tak faham kot?Atau saja0saja buat tak faham? Atau memang betoi-betoi tak faham?

Bertalu-talu soalan menerjah ke minda Hana.

"Pi mana? Pi cabut bulu ayam la. Takkan nak masak gulai ayam kampung skali ngan bulu-bulu dia kot?"

Sah, memang sah dah. Sah apa? Bukan sah akad nikah la. Korang ni, tak habis-habis fikir sal nikah! Gatai! Hehehe. Sah yang budak sorang ni nak pekena aku lagi. Hai, apalah malang sangat nasib aku ni?Dapat tunang yang perangai lansung tak macam tunang. Macam musuh ada la. Asyik pekena aku ja kejanya.

Terbeliak mata Zariff sebaik sahaja mendengar ayat yang lansung tak best yang baru saja keluar adari mulut Hana.

Aik, aku silap dengar ke? Takkan la aku ngan Haikal yang disuruhnya cabut bulu ayam. Dah tak de orang lain ke?

"Haikal ngan Zariff bawak ayam ni pi belakang dapur jap. Hana dah letakkan plastik tang (dekat) situ beda (untuk) letak bulu-bulu ayam. Dah abis cabut, bagi kat mak tau!Hana nak pi umah Shima jap. Ada keja skit."

Haikal dan Zariff saling berpandangan.

"Aku rasa, si Hana ni nak pedajal kita ni."

Haikal hanya tersenyum mendengar andaian dari rakannya itu.

Kau baru sedar ka?.

Haikal ingin melontarkan ayat itu kepada temannya. Namun dibiarkan saja kata-kata itu bermain di dalam benaknya.

Hahahaha....Ada keja konon. Banyakla keja aku. Satu-satunya keja aku skang adalah untuk melaporkan perkembangan terbaru plan aku kepada Shima. Boleh la aku gelak ngan dia puas-puas. Puas sebab segala-galanya berjalan dengan lancar. Lepas tu, boleh la aku ngan Shima merangka strategi yang seterusnya. Strategi untuk memenangi perang ni. Ye la, kalau perang guna fizikal, awai-awai lagi dah confirm aku akan kalah. So, aku kena la berperang guna strategi. Dan aku akan pastikan dengan soma strategi ni, Tengku Iskandar Haikal bin Tengku Mustaffa akan angkat bendera putih tanda mengaku kalah. Dan lepas tu, dia akan putuskan tali pertunangan aku ngan dia. Waktu tu, barulah aku akan puas hati.

Hahaha...dunia jadilah saksi peperangan antara aku dengan dia. Hana VS Haikal. Tapi jangan risau. Peperangan ni takkan meragut nyawa mana-mana pihak. Bukannya macam perang Israel VS Palestin ataupun perang Israel VS Lubnan yang dah mengorbankan beribu-ribu nyawa tak berdosa. Sebabnya, perang yang satu ni berlansung dalam Malaysia. Malaysia kan sebuah negara yang aman + damai + sentosa + hormoni = selamanya. Man boleh perang yang terlalu ganas macam tu. Kiranya ni perang 'peace in war la'. Hehehehe....


~SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU WAT SOMA GURU2 KAT MALAYSIA NI SPECIALLY TO ALL MY GREAT TEACHERS N LECTURERS. WAT KAWAN-KAWAN YG SKANG N BERGELAR GURU PELATIH DAN TO MYSELF. HARAP KITA AKAN JADI YANG TERBEST N GREATEST TEACHERS EVER LAM MEMBENTUK ANAK BANGSA MENJADI INSAN BERGUNA DDUNIA N AKHIRAT. TO ALL TEACHERS OUT THERE, THANKS A LOT + SO MUCH 4 BEING THE ONE WHO HELD THE RESPONSIBILITIES ^-^ ~

5 comments:

Miss Kira said...

heheeh..
cian haikal..
bila la dia nak bls balik..
cpt smbg ya..

zarith natasha said...

nakal gila hana tu...
Haikal, sabar je la eh.. heeee...
cpat2 smbung..
agknya pe lg la strategi Hana..
hahahaha...

keSENGALan teserlah.. said...

hahah..
noty tol si hana nieh..
padan la ngn umoq dye even da jd tunang orang..
ekekeee...
sian kat zariff yg xberslah tuh..
btw,,sweet je hana n haikal...
cpt2 smbung..

lijo said...

wow..
cpt lorr cntinue ea..
m glad when read it...
so keep it up yew..
don wory much bout wat people said...
[juz some kind op 'crazy' things] ya..
i'll wait 4 da next episode..
gud lark!!
anyeong!!

hey! si gadis; said...

ahahaha
n3 ni aku rasa paling lawak
ahahaha
bgs btol bdk 2 ekoq tu x melawan
ahahahah
good job babe!